Tiga perkara penting perlu diberi perhatian untuk industri ternakan adalah berkaitan dengan operasi atau pengurusan ladang pada kos yang efektif, membangunkan formulasi makanan ternakan dari sumber yang bersih lagi halal, serta mengoptimumkan penggunaan bahan mentah tempatan.
Ketiga-tiga perkara tersebut perlu dipertimbangkan memandangkan kos keseluruhan pengurusan ladang meliputi aspek pengurusan dan penjagaan ternakan serta pemakanan. Kos makanan ternakan sahaja meliputi dua pertiga atau 70 peratus daripada kos keseluruhan pengurusan ladang tersebut.
Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan memanfaatkan bahan sampingan industri asas tani (IAT) seperti hampas sagu, hampas soya atau pelepah sawit sebagai makanan haiwan.
Hampas soya basah datangnya dari pemprosesan kacang soya untuk air soya ataupun taufufa.
Kacang soya memang mempunyai banyak khasiatnya. Selain diproses untuk di buat minuman, soya juga boleh di buat tauhu ataupun tempe.
Pokok kacang soya yang berasal daripada spesis Glycine max dalam keluarga Leguminosae ini biasanya tumbuh rendang setinggi dua meter dan mengeluarkan bunga putih atau ungu. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Nak mendapatkan bekalan hampas soya dengan harga lebih murah atau menjadikan hampas soya sebagai satu sumber pendapatan anda? Hubungi saya di esafarm73@gmail.com atau di FB: Pembekal Hampas Soya atau Wasap: 013 - 336 1235 (Apai/Nahar) untuk feedback yang lebih cepat :)
Konsultasi percuma dengan setiap pembelian
0 ulasan:
Catat Ulasan