Rabu, 17 Disember 2014

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya adalah penternak lembu dan kambing di kawasan Kuala Selangor. Saya telah memulakan ladang ternakan ini pada tahun 2005 dan alhamdulillah bertahan sehingga sekarang.

Penggunaan hampas soya dalam rutin pemakanan ternakan saya bermula apabila palet makanan semakin meningkat harga dipasaran. Apabila bilangan ternakan semakin bertambah, kos makanan juga akan bertambah. Oleh itu, saya telah mencari alternatif yang lain untuk mengurangkan kos makanan ternakan  dalam meneruskan ladang ternakan ini.

Alhamdulillah akhirnya dengan penggunaan hampas soya ini, saya dapat mengurangkan kos makanan ternakan saya.


0 ulasan:

Catat Ulasan