Dapatkan Bekalan Hampas Soya Untuk Ternakan Anda.

Penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia. Hubungi Apai/Nahar di 013 336 1235

Dapatkan Bekalan Hampas Soya Untuk Ternakan Anda.

Penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia. Hubungi Apai/Nahar di 013 336 1235

Dapatkan Bekalan Hampas Soya Untuk Ternakan Anda.

Penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia. Hubungi Apai/Nahar di 013 336 1235

Ahad, 21 Disember 2014

Apa itu Hampas Soya

Tiga perkara penting perlu diberi perhatian untuk industri ternakan adalah berkaitan dengan operasi atau pengurusan ladang pada kos yang efektif, membangunkan formulasi makanan ternakan dari sumber yang bersih lagi halal, serta mengoptimumkan penggunaan bahan mentah tempatan.

Ketiga-tiga perkara tersebut perlu dipertimbangkan memandangkan kos keseluruhan pengurusan ladang meliputi aspek pengurusan dan penjagaan ternakan serta pemakanan. Kos makanan ternakan sahaja meliputi dua pertiga atau 70 peratus daripada kos keseluruhan pengurusan ladang tersebut.
 
Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan memanfaatkan bahan sampingan industri asas tani (IAT) seperti hampas sagu, hampas soya atau pelepah sawit sebagai makanan haiwan.
 
Hampas soya basah datangnya dari pemprosesan kacang soya untuk air soya ataupun taufufa.
 
Kacang soya memang mempunyai banyak khasiatnya. Selain diproses untuk di buat minuman, soya juga boleh di buat tauhu ataupun tempe.
 
Pokok kacang soya yang berasal daripada spesis Glycine max dalam keluarga Leguminosae ini biasanya tumbuh rendang setinggi dua meter dan mengeluarkan bunga putih atau ungu. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian.


Nak mendapatkan bekalan hampas soya dengan harga lebih murah  atau menjadikan hampas soya sebagai satu sumber pendapatan anda? Hubungi saya di esafarm73@gmail.com atau di FB: Pembekal Hampas Soya atau Wasap: 013 - 336 1235 (Apai/Nahar) untuk feedback yang lebih cepat :)
Konsultasi percuma dengan setiap pembelian




Rabu, 17 Disember 2014

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya adalah penternak lembu dan kambing di kawasan Kuala Selangor. Saya telah memulakan ladang ternakan ini pada tahun 2005 dan alhamdulillah bertahan sehingga sekarang.

Penggunaan hampas soya dalam rutin pemakanan ternakan saya bermula apabila palet makanan semakin meningkat harga dipasaran. Apabila bilangan ternakan semakin bertambah, kos makanan juga akan bertambah. Oleh itu, saya telah mencari alternatif yang lain untuk mengurangkan kos makanan ternakan  dalam meneruskan ladang ternakan ini.

Alhamdulillah akhirnya dengan penggunaan hampas soya ini, saya dapat mengurangkan kos makanan ternakan saya.